Glitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word GeneratorGlitter Word Generator

20 November 2011

Ayam Serama

Salam 1 Malaysia adik-adik,

Waaahhh.....lamanya cikgu tak update blog. Rindu dengan cerita-cerita haiwan? Okey kali ni cikgu nak tayang video tentang Ayam Serama. Pernahkah adik-adik melihat Ayam Serama? Kalau tak pernah, lepas ni jom kita saksikan Ayam Serama tu. Sambil-sambil tu cuba adik-adik perhatikan ciri-ciri yang dimiliki oleh Ayam Serama. Lepas tu cuba adik-adik bandingkan Ayam Serama dengan ayam yang biasa kita lihat. Selamat menonton.....



Ayam Serama Jantan





















Ayam Serama Betina




Sepasang Ayam Serama

















Cantikkan ayam-ayam serama tu adik-adik. Sebenarnya cikgu tidak suka memelihara ayam. Tapi cikgu suka makan ayam goreng. Cikgu cuma terpikat dengan keunikan ayam serama ni. Kecil dan comel. Adik-adik suka dengan ayam serama ni? Haaa.... sambil-sambil tu, cuba adik-adik perhatikan perbezaan diantara ayam serama jantan dengan ayam serama betina. Ada perbezaan tak?

24 October 2011

Lawatan Ke 'Lok Kawi Wildlife Park'

Pada 18.10.2011 bersamaan dengan hari Selasa, kanak-kanak dari Tadika Kemas Kg. Pelakat Sipitang telah mengadakan lawatan ke 'Lok Kawi Wildlife Park'. Macam-macam haiwan hidupan liar yang boleh dilihat di zoo tersebut. Bukan sahaja adik-adik mengetahui nama saintifik bagi haiwan tersebut, malah adik-adik dapat melihat ciri-ciri luaran haiwan tersebut dengan lebih jelas. Mari kita perhatikan gambar-gambar yang sempat diambil.
















13 October 2011

Gagak Yang Bijak

Kisah dan teladan tentang haiwan - Gagak Yang Bijak


Tengok tu adik-adik betapa bijaknya Sang Gagak berfikir untuk mendapatkan air di dalam jag tersebut. Ada adik-adik perhatikan apakah yang digunakan oleh Sang Gagak untuk meminum air? 
Ya. Sang Gagak menggunakan paruhnya untuk meminum air.

05 October 2011

20 September 2011

Selamat Datang Ke Blog Kelas Adik Bijak

Salam 1 Malaysia,

Salam perkenalan kepada mereka yang pertama kali mengunjungi blog ini. Tujuan blog ini terbina adalah kerana bagi memenuhi kerja kursus saya untuk semester 2 ini, bagi matapelajaran Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT 3013).

Sebenarnya nak dijadikan cerita, ini adalah pertama kali saya melibatkan diri dalam dunia blogger. Sebelum ini tidak pernah pun terfikir untuk membangun blog. Jadi sebarang kekurangan atau kecacatan, harap tunjuk ajar dan komen membina dari anda semua.

Pembangunan blog ini adalah lebih memfokuskan matapelajaran Sains Tahun 3, dalam sub topik mengenal pasti ciri-ciri luaran haiwan. Jadi saya akan membuat kemas kini dari masa ke semasa blog saya. Segala bahan dan gambar dalam weblog ini bukanlah hak milik pihak kelasadikbijak.blogspot.com, sebaliknya diambil dari pelbagai sumber.